Memelihara Hak Isteri-Isteri Dalam Keluarga Poligami

Hak dan Kebajikan Isteri

Para suami yang ingin mengamalkan poligami atau telah mengamalkan poligami mestilah bertanggungjawab dan berlaku adil ke atas isteri-isterinya. Perkara yang perlu dipertimbangkan oleh para suami ini adalah hak dan kebajikan isteri sedia ada serta isteri baru seperti berikut:

  • Memberi layanan yang baik dan adil kepada isteri-isteri dari segi fizikal dan emosi
  • Memberi Nafkah yang adil berdasarkan kebajikan dan keperluan setiap isteri dan anak-anaknya.
  • Memberi giliran bermalam yang adil kepada setiap isteri-isteri.
  • Merancang pembahagian harta pusaka kepada isteri-isteri secara adil mengikut keperluan setiap isteri.
  • Memelihara hak ke atas harta sepencarian untuk isteri-isteri.
  • Melantik pentadbir harta yang berwibawa untuk menguruskan harta dengan lancar dan adil serta tidak berpihak kepada mana-mana pihak apabila suami meninggal dunia.

Para suami perlu mengambil inisiatif Merancang Harta dengan segera agar hak-hak isteri dan anak-anaknya terjamin serta mengelakkan pertelingkahan keluarga apabila beliau meninggal dunia kelak.

Kami menyediakan Pakej Rancang Harta bagi membantu keperluan keluarga poligami yang berharga serendah RM2,500:

Cara Rancang Harta Bagi Keluarga Poligami

Rancang Hibah
Suami menyediakan dokumen Hibah untuk pemberian harta-harta tertentu untuk seseorang Isteri serta anak-anaknya mengikut keperluan mereka. Isteri-isteri ini boleh memiliki harta-harta tertentu tanpa berkongsi diantara mereka. Ini adalah lebih harmoni kerana setiap mereka mempunyai hak mutlak diatas pemberian tersebut dan boleh menikmati dan menguruskan harta harta tersebut secara bebas. Pemberian Hibah ini adalah tidak tertakluk kepada pembahagian Faraid dan digalakan pemberian Hibah ini dibuat dengan adil dan saksama.

Rancang PAPB – Harta Sepencarian
Suami dan isteri-isteri memasuki satu perjanjian di mana kesemua mereka bersepakat tentang pembahagian Harta Sepencarian untuk setiap mereka. Melalui perjanjian ini pertelingkahan berkenaan tuntutan Harta Sepencarian dapat dielakkan dan perjanjian ini merupakan penyelesaian Harta Sepencarian secara muafakat dan harmoni. Tiada lagi pertikaian akan berbangkit di Mahkamah Syariah setelah perjanjian ini dilaksanakan semasa hayat pihak-pihak secara harmoni.

Rancang Legasi
Suami dan isteri-isteri ini wajar merancang harta secara komprehensif mengambil kira kesemua keperluan isteri-isteri dan anak-anak serta penjimatan kos dan perbelanjaan pentadbiran harta pusaka.

Kesemua pakej merancang harta di atas adalah lengkap beserta jaminan perlaksanaan dokumen serta pentadbiran dan pengagihan harta dengan lancar dan tanpa bertangguh apabila berlaku kematian pihak-pihak berkaitan.

Melalui perancangan harta yang baik dan teratur serta melantik pentadbir yang berwibawa serta bebas kepentingan, pengagihan dan pentadbiran harta dapat dilaksanakan dengan lancar dan adil serta tanpa bertangguh.