Hukum Faraid Jika Suami Meninggal Dunia

Setiap yang bernyawa pasti akan mati juga suatu hari nanti. Kematian adalah salah satu rahsia Tuhan yang kita sendiri tidak pasti bilakah hari itu akan tiba. Namun begitu, kehidupan perlulah diteruskan terutamanya untuk beribadah kepada Allah S.W.T.

Apabila berlaku kematian, pastinya akan ada harta yang ditingggalkan oleh simati. Waris-waris Faraid si mati berhak menuntut hak Faraid terhadap harta tersebut. Kebanyakan mereka diluar sana masih ramai yang belum tahu berkaitan hukum Faraid secara jelas dan terperinci. Ini kerana, bila kita membincangkan mengenai hukum Faraid, ada 2 perkara penting yang perlu kita ambil tahu iaitu:

  • Siapa yang Berhak?
  • Berapakah Bahagiannya?

Mengikut undang-undang, waris perlu memohon sijil Faraid di mahkamah Syariah bagi menentukan siapakah waris yang berhak mendapat hak terhadap harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati.

JIKA SAYA INGIN MERANCANG HARTA PUSAKA, APAKAH DOKUMEN PERANCANGAN YANG SESUAI UNTUK SAYA PILIH?

Dalam dunia Perancangan Harta Pusaka Islam pelbagai jenis dokumen perancangan harta pusaka yang wujud seperti:

  • Wasiat
  • Hibah
  • Deklarasi Harta Sepencarian
  • Amanah; dan lain-lain dokumen.

Setiap dokumen mempunyai fungsi dan peranan serta keunikannya yang tersendiri dalam membantu umat Islam merancang harta pusaka dengan lebih terperinci dan kemas, namun pada topik kali ini kita akan membincangkan dua dokumen Perancangan Harta Islam yang popular dan sering digunakan di Malaysia iaitu WASIAT dan HIBAH.

KESIMPULAN

Senarai waris-waris Faraid atas adalah dari golongan waris yang utama. Ini bermaksud, setiap daripada mereka berhak mendapat hak faraid masing-masing jika berlaku kematian kepada suami. Namun begitu, mengikut undang-undang, mereka semua boleh bersepakat atau bersetuju untuk melepaskan hak faraid masing-masing atau membuat pengagihan berdasarkan muafakat.

Oleh itu, janganlah kita terlalu memikirkan terhadap siapa yang berhak dapat hak Faraid terhadap harta yang bakal kita tinggalkan, tetapi dekatkanlah diri kepada pencipta dan rancanglah dengan baik terhadap pengurusan harta kita kelak melalui pelbagai cara contohnya seperti “WASIAT”.